KERAJAANNegeri Pahang yang dikuasai Umno digesa menghentikan aktiviti pembalakan berdekatan kawasan tadahan air.
Gesaan itu disuarakan Ahli Parlimen Bentong Wong Tack kepada Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail melalui satu kenyataan.
Kata bekas aktivis alam sekitar itu, beliau menerima aduan daripada pemimpin komuniti berhubung aktiviti pembalakan berhampiran loji rawatan air Sungai Gapoi di Pelangai, Bentong.
"Aktiviti pembalakan di bahagian hulu loji rawatan air akan memberi kesan ke atas bekalan air lebih 50,000 penduduk Pelangai, selain menambah bahawa ia merupakan satu-satunya sumber air bersih mereka," jelasnya.
Aktiviti pembalakan juga dikhuatiri akan memberi kesan ke atas potensi ekopelancongan di bahagian hilir sungai, di mana terletaknya beberapa petempatan Orang Asli dan air terjun.

![]() |
Wong Tack gesa k'jaan campur tangan |
"Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man serta ADUN Pelangai Adnan Yaakob wajar campur tangan bagi menangani isu tersebut.
“Sekarang lampu hijau diberikan untuk membalak di kawasan ini dengan alasan untuk membuka ‘ladang rakyat’.
“Alasan lemah ini jelas merupakan langkah untuk mengabui pandangan rakyat dan menghalalkan aktiviti pembalakan. Ribuan ekar hutan ditebang secara tidak bertanggunjawab sepanjang dekad lepas, tetapi dibiarkan sehingga sekarang.
“Kenapa kita perlu tebang lagi? Tujuannya jelas. Mereka mahukan kayu balak,” katanya.
Wong Tack turut mendedahkan bahawa sebelum pilihan raya umum 2018, ada percubaan untuk menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.
Namun ia mendapat tentangan keras daripada komuniti tempatan dan NGO alam sekitar.
Sementara itu tegasnya, langkah melindungi sumber air penting untuk perkembangan masa depan kawasan itu, terutama sebaik siapnya sambungan Lebuhraya Utama Tengah (CSR) yang menghubungkan Pelangai dengan Bentong.
“Sekiranya lebuh raya itu dilanjutkan ke Negeri Sembilan, maka Pelangai akan menjadi pintu masuk selatan ke Bentong. Dengan pembangunan, keperluan air akan bertambah.” tegasnya.

0 Comments