KERAJAAN Negeri Kedah digesa segera membantu penduduk yang kehabisan bekalan makanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Kota Setar.
Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake) dalam satu laporan mendedahkan menerima aduan daripada penduduk yang menjalani kuarantin di kawasan PKPD itu berhubung masalah membelenggu mereka.
Setiausaha Kehormat Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya dihubungi pengadu yang tidak dapat keluar membeli makanan setelah mereka seisi keluarga membuat pemeriksaan koronavirus (Covid-19) dan dipakaikan memakai gelang merah jambu dan dikuarantin di rumah.
Setiausaha Kehormat Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya dihubungi pengadu yang tidak dapat keluar membeli makanan setelah mereka seisi keluarga membuat pemeriksaan koronavirus (Covid-19) dan dipakaikan memakai gelang merah jambu dan dikuarantin di rumah.
![]() |
Cake |
"Sehubungan itu, kita mencadangkan supaya kerajaan negeri mendapatkan data individu dikuarantin daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum menghubungi mereka dan menyalurkan bantuan makanan," kata Yusrizal dalam kenyataan.
Melalui kenyataan tersebut, beliau menegaskan bahawa golongan berkenaan perlu diberi bantuan memandangkan mereka ini adalah golongan yang benar-benar terjejas.
Selain isu penduduk dikuarantin terputus bekalan makanan, Yusrizal turut mendedahkan bahawa masyarakat setempat turut menyuarakan rungutan bahawa mereka tidak menerima bantuan makanan.
"Ada yang mendakwa terpaksa berhutang untuk mendapatkan bekalan makanan sekeluarga, sedangkan ada di antara mereka yang mempunyai rekod pernah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan eKasih.
Katanya, pihaknya mencadangkan supaya golongan ini diberi bantuan secara automatik.