Covid-19 lepasi angka 30 juta kes, Eropah naik mendadak



KENAIKAN mendadak jangkitan Covid-19 di Eropah merupakan amaran kepada semua pihak, tegas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pengarah WHO Wilayah Eropah, Hans Kluge berkata, situasi ketika ini berada dalam keadaan amat membimbangkan dan penularan pendemik itu di Eropah perlu ditangani dengan lebih serius.

"Kes mingguan yang dicatatkan melebihi apa yang direkodkan ketika pandemik itu melanda Eropah sekitar Mac lalu.

"Minggu lalu, jumlah mingguan jangkitan di wilayah berkenaan melepasi angka 300,000 kes.

"Lebih daripada separuh negara Eropah melaporkan peningkatan kes yang melebihi 10 peratus dalam dua minggu terakhir," katanya dipetik laporan CNBC pada Khamis.

Mengulas lanjut, Kluge berkata, daripada jumlah itu, tujuh negara merekodkan jangkitan baharu melebihi dua kali ganda dalam tempoh sama.

"Walaupun langkah-langkah kawalan dikenakan pada musim semi dan awal musim panas turut mendorong kepada peningkatan kes," katanya

Dalam pada itu, Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Eropah (ECDC) memberi amaran bahawa kadar kes baharu yang dilaporkan dalam tempoh 14 hari di Kesatuan Eropah (EU), pusat perniagaan Eropah dan United Kingdom menyaksikan peningkatan kes sejak 50 hari lalu.
 
Menurut ECDC, lebih separuh daripada negara angota EU dilaporkan mengalami peningkatan kes.

Kes di Eropah naik mendadak
Sementara itu, jumlah positif Covid-19 di peringkat global ini telah melepasi angka30 juta.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan dalam tempoh 24 jam lalu, ratusan ribu kes jangkitan baharu telah dikesan.

Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.67 juta kes jangkitan.

Ia diikuti India dengan 5.11 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.41 juta kes.

Post a Comment

0 Comments