Bendahari Agung Parti Warisan Sabah (Warisan), Terrence Siambun berkata, perbalahan dalam gabungan itu dapat dilihat dari proses pembahagian kerusi antara Umno dan Bersatu yang menyaksikan sekutu mereka PAS dipinggirkan. Ia kemudiannya tidak berhenti setakat itu apabila berlanjutan kepada isu calon Ketua Menteri bagi gabungan itu.
Apa yang berlaku tegas Siambun jelas menunjukkan kepada rakyat Sabah bahawa gabungan tersebut hanya mahu merebut kuasa dan tidak akan kekal lama.
“PBS (Parti bersatu Sabah) sudah menunjukkan bahawa parti itu tidak berminat untuk kekal lama dalam GRS apabila mengambil keputusan bertanding di 17 DUN berbanding 11 yang telah diperuntukkan.
"Umno pula sudah mendominasi pengagihan kerusi maka saya pasti STAR akan memberikan sokongan kepada Umno dalam isu calon Ketua Menteri kerana Jeffrey Kitingan tidak mempunyai sebarang pilihan – PN telahpun mengecewakannya dalam isu pembahagian kerusi terlebih dahulu," tegasnya.
7 bulan jadi PM, apa Muhyiddin buat untuk Sabah?
Sementara itu, Siambun turut menyelar tindakan pemimpin Bersatu yang dilihat seolah-olah menghina rakyat Sabah.
"Ini jelas melalui kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Bersatu seperti Hajiji Mohd Noor, Masidi Manjun dan Azizah Mohd Dun yang menganggap rakyat Sabah masih lemah dan tidak bermaruah apabila berulang kali mengatakan bahawa pembangunan negeri ini cuma boleh dilaksanakan sekiranya PN mentadbir Sabah.
Isu-isu seperti PTI, royalti minyak, Borneonisasi dan MA63 bukanlah agenda utama Bersatu dan PN. Selama 7 bulan Muhyiddin Yasin menjadi Perdana Menteri, tidak ada sebarang penyelesaian konkrit dibuat Putrajaya yang dipimpin PN mengenai perkara-perkara ini.
PPBM juga tidak ada bezanya dari Umno yang mencanangkan isu pembangunan sebagai topik utama dalam kempen mereka seolah-olah Sabah tidak layak menerima peruntukkan pembangunan yang adil – mereka masih tidak sedar yang rakyat Sabah mahu dihormati sebagai rakan setaraf dalam Persekutuan ini,” katanya lagi.
Siambun juga berharap agar rakyat Sabah sedar bahawa tohmahan dan fitnah yang dibuat terhadap Datuk Seri Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah adalah tidak berasas dan merupakan politik terdesak.
![]() |
Rakyat diajak tolak gabungan BN-PN |
"Rakyat Sabah mesti halang dengan mengundi Warisan Plus pada 26 September ini,” katanya dalam satu kenyataan.
0 Comments