SEORANG lagi pemimpin Pemuda Umno dilapor dijangkiti wabak Covid-19 setelah berkempen dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah.
Perkara itu dimaklumkan sendiri pemimpin tersebut, Shahril Hamdan melalui laman Twitternya.
Menurut Shahril, beliau tidak mengalami sebarang gejala semasa dikesan positif wabak tersebut.
"Positif Covid-19. Tiada gejala yang jelas melainkan penat sikit.
"Buat keputusan untuk buat ujian semalam di Kuala Lumpur untuk langkah berhati-hati setelah adanya kes ketika saya berkempen di Sabah.
"Baru sahaja diterima panggilan dan akan dimasukkan (ke hospital) hari ini," katanya di Twitter.
Shahril merupakan pesakit Covid-19 kedua dari Sabah yang tiba ke semenanjung setelah berlakunya lonjakan kes di negeri itu sejak bulan lalu.
Sebelum ini, media melaporkan seorang Ahli Majlis Kerja parti itu dimasukkan ke hospital selepas didapati positif ujian kali pertama Covid-19.
Mohd Razlan Rafii disahkan positif selepas kit ujian pantas menunjukkan positif setelah berkempen di kawasan Sipitang di Sabah.
![]() |
Shahril maklumkan positif Covid |
Mereka adalah calon Umno di Dun Lumadan, Kamarlin Ombi; calon Umno di Dun Sindumin, Sani Miasin serta calon Warisan di Dun Sindumin, Dr Yusof Yacob, yang juga menteri pendidikan dan inovasi Sabah.
0 Comments