SETAKAT pagi ini, sebanyak 73.37% daripada 1,292 kawasan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang mengalami gangguan bekalan air sejak Khamis lalu dilapor pulih sepenuhnya.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, 948 kawasan telah pulih, manakala baki 344 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.
Semua lokasi terjejas di Hulu Selangor sudah pulih sepenuhnya manakala Kuala Selangor mencatat peratusan pemulihan 99.25 peratus, diikuti Petaling (91.78 peratus), Gombak (72.99 peratus), Kuala Langat (50 peratus), Kuala Lumpur (47.37 peratus) serta Klang dan Shah Alam (38.42 peratus).
Lebih 1.2 juta akaun pengguna di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air sejak Khamis lalu selepas operasi 4 loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa dihentikan akibat pencemaran yang berpunca daripada sebuah kilang di Rawang.
Susulan itu, 4 beradik yang juga pemilik kilang disyaki menyebabkan pencemaran itu direman 6 hari bermula kelmarin dan akan didakwa di mahkamah Khamis ini di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Akta Industri Perkhidmatan Air.
BACA: Isu air: Bekas menteri marah, Peguam saran saman
Sementara itu, Elina berkata, 71 kawasan yang sepatutnya dijadual pulih 12 tengah malam tadi masih tertangguh.
Ia susulan tindakan penyimpanan air berlebihan oleh pengguna yang mula menerima bekalan air.
“Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan.
“Pengguna dinasihatkan tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan.” katanya dipetik.