Atuk maut ketika mahu ziarah cucu


HASRAT
seorang warga emas bagi menziarahi anak dan cucu tidak kesampaian apabila dia maut dalam satu kemalangan jalan raya.

Dalam kejadian di Kulim malam tadi, Abu Bakar Osman, 68 tahun, bersama isterinya Azizah Mahmud, 64 tahun, sedang dalam perjalanan ke rumah anaknya di Taman Makmur, dekat Lunas.

Bagaimanapun menurut Ketua Polis Daerah Kulim Supt Azhar Hashim, mangsa yang menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 dirempuh sebuah kereta jenis Proton Perdana yang datang dari arah bertentangan, ketika beliau cuba membelok memasuki simpang.

"Akibat rempuhan itu, Abu Bakar terpelanting ke tengah jalan manakala isterinya tercampak ke sebelah kiri bahu jalan.

"Mngsa kemudiannya dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kulim, bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10 malam sebaik tiba di hospital.

Tambah Azhar, mangsa maut disebabkan hentakan kuat di kepala ketika kemalangan manakala isteri mangsa hanya mengalami kecederaan luka dan lebam di badan.

Susulan itu, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment

0 Comments