PRESIDEN Parti Warisan Sabah (Warisan) Shafie Apdal mempersoalkan apakah gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mampu melaksana semua manifesto mereka.
Ketua Menteri sementara Sabah itu membangkitkan persoalan itu setelah gabungan kedua-dua blok politik itu dilihat sebagai telah 'retak' sejak awal.
"Mereka boleh bercakap (tentang manifesto) tetapi mereka tak bersatu.
"Nampak baik tapi pelaksanaannya (lebih) penting. Kamu boleh cakap seberapa baik manifesto itu, tetapi sama ada ia dapat dilaksanakan atau boleh dicapai, itu isu lain," katanya kepada media pada sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu baru-baru ini.
Shafie sebelumnya diminta mengulas manifesto yang mahu dilancarkan gabungan BN dan PN.
Terdahulu pada 12 Sept, Muhyiddin Yassin yang merupakan Pengerusi PN mengumumkan bahawa PN, BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) akan dijenamakan semula sebagai Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Bagaimanapun, beberapa hari selepas pengumuman itu, PBS dilapor menolak untuk hadir ke majlis pelancaran manifesto oleh Muhyiddin. PBS dilapor melancarkan manifestonya sendiri, yang antara lain mahu menggubal undang-undang anti-lompat parti dan mewujudkan kad pengenalan Sabah untuk membendung masalah pendatang tanpa izin.
Rentetan peristiwa yang berlaku membangkitkan persoalan kepada rakyat Sabah apakah gabungan GRS benar-benar kuat dan mampu bekerjasama sekiranya mereka menang.
![]() |
Warisan Plus lebih stabil |
Shafie, sementara itu berkata, berbanding BN, PN atau GRS, Warisan Plus yang diketuainya telah mengumumkan visi dan misinya yang merupakan kesinambungan daripada manifesto pilihan raya umum 2018.
0 Comments