WILAYAH Bengkulu di Indonesia digempar gempa buat kuat berukuran hampir 7.0 pada skala Richter pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 131 kilometer barat daya dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 84 kilometer.
Difahamkan gempa bumi pertama berukuran 6.8 pada skala Richter menggegarkan wilayah itu kira-kira 6.23 sebelum disusuli gempa kedua sekuat 6.9 pada skala Richter kira-kira enam minit kemudian.
Jurucakap Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia BMKG yang dinamakan sebagai Daryono berkata, gegaran kuat pertama terjadi di ota Bengkulu, Bengkulu Utara, Mukomuko, Seluma, Kepahiang.
"Gegaran dirasakan kebanyakan orang dalam rumah dan di luar. Ditandai dengan gerabah pecah, jendela/pintu berderik dan dinding berbunyi.
"warga sempat lari berhamburan keluar rumah akibat panik akibat gegaran kuat yang terjadi secara tiba-tiba," katanya dipetik laporan Kompas.
Gegaran kedua pula menurut laporan sama dirasakan di Bengkulu selatan, Kaur, Curup, Lebong.
Sementara itu kata Daryono, dua gempa berkekuatan besar itu dikenali sebagai gempa "kembar" dimana terjadi dua gempa yang kekuatannya hampir sama dalam waktu dan lokasi yang berdekatan.
Mereka percaya, gempa besar yang berlaku disebabkan berlaku aktiviti plat bumi Indo-Australia ke bawah Lempeng Eurasia.
Kejadian gempa tersebut tidak mencetuskan amaran tsunami kepada Malaysia.
Setakat ini tiada angka korban dan kecederaan dilaporkan, bagaimanapun pihak berkuasa negara jiran mengingatkan penduduk berhati-hati dan menjauhkan diri dari runtuhan.
0 Comments