MENTERI Perusahaan Ladang dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali didapati bersalah melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342), menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dalam satu kenyataan petang tadi, KKM berkata telah dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahannya.
"Oleh kerana Khairuddin gagal mematuhi peraturan di bawah Akta 342, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepadanya pada 7 Ogos 2020 dan dia telah menjelaskan kompaun tersebut," menurut kenyataan itu tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut berhubung kesalahan Khairuddin.
Bagaimanapun, kenyataan KKM itu membangkitkan perasaan kurang senang dikalangan rakyat.
Khairuddin sebelum ini dikritik ramai susulan tindakannya tidak melakukan kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki pada 7 Julai. Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di Dewan Rakyat.
Untuk rekod, Menurut peraturan yang ditetapkan, mereka yang pulang dari luar negara perlu melakukan ujian swab dan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.
Sebelum ini mereka dibenarkan menjalani kuarantin di rumah. Bagaimanapun berkuatkuasa 24 Julai, semua warga yang pulang dari luar negara diwajibkan menjalaninya di pusat kuarantin kerajaan, selepas ramai yang melanggar syarat kuarantin di rumah.
Ramai tak puas hati
Sementara itu, tinjauan di laman Facebook KKM mendapati rakyat menyifatkan hukuman dikenakan terhadap Khairuddin terlalu ringan.
Sambil membanfingkan kes seorang wanita warga emas dihukum penjara sehari dan didenda RM8,000 selepas mengaku salah melanggar perintah sama, mereka mempersoalkan mengapa Khairuddin hanya dikenakan kompaun RM1,000
Pengguna media sosial turut mempertikai tarikh yang didakwa Khairuddin membayar denda tersebut memandangkan ia tidak pernah didedahkan mana-mana pihak sebelum ini.
![]() |
Hantaran Tweeter Hannah Yeoh |
Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil turut mengulas perbezaan hukuman antara rakyat dan menteri di Facebooknya.
“Menteri dikompaun, marhaen dipenjara. Begitu adil kerajaan Melayu-Islam,” katanya di Twitter.
Manakala Pengarah komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil dalam ciapannya, yang turut menggunakan tanda pagar #AntaraDuaDarjat turut mempersoalkan perkara sama.
“Tahniah Kerajaan PN prihatin rakyat #AntaraDuaDarjat,” ciapnya.
0 Comments