KETUA Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor mempersoalkan pemberian tender rundingan terus pembelian buku untuk Kementerian dikuasai Mohammad Azmin Ali pada era pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN).
Najwan Halimi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik membangkitkan soalan itu bukan sahaja kerana kosnya terlalu besar, tetapi dakwanya buku tersebut sebenarnya boleh diakses dan dibaca secara dalam talian.
"Buku apa yang harga sampai RM21,022.86?
"Buku yang dibeli pada harga RM21,022.86 oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi boleh dibaca secara percuma menerusi pautan di bawah," katanya sambil berkongsi satu pautan di Twitter. (muat turun)
Kontrak untuk buku A Better World Volume 5: Actions and Commitments to the Sustainable Development Goals adalah antara 101 kontrak kerajaan yang diberikan tanpa tender terbuka.
Tidak jelas harga yang dinyatakan bagi item ke-95 itu merujuk kepada berapa jumlah buku dan apakah terdapat keadaan mendesak bagi mewajarkan pembelian tersebut.
Berdasarkan senarai kontrak didedahkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz itu, item tersebut dinyatakan bagi kegunaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Azmin yang kini merupakan menteri kanan dalam pentadbiran Muhyiddin selepas kerajaan HARAPAN ditumbangkan melalui 'langkah Sheraton' adalah menteri bertanggungjawab keatas kementerian itu sebelum ini.
Sementara itu, dalam pendedahan Zafrul semalam, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi disenarai meluluskan empat tander rundingan terus.
Selain pembelian buku seperti dilaporkan, kementerian itu meluluskan langganan talian perniagaan dan toll free bagi projek call centre untuk Jabatan perangkaan Malaysia dengan nilai RM329,256.00.
Kementerian sama meluluskan tender bagi program PIPC Bridging Gaps oleh Johor Petroleum Development Copration Berhada (JPDC) kepada UTHMM Holding Sdn Bhd dengan nilai RM736,816.97
Dan kementerian sama meluluskan projek pembekalan dan memasang set lengkap Floor Box serta penyenggaraanya Floor Box di Blok B5 dan B6 Kementerian itu dengan kos RM90,000.00
Secara keseluruhan menurut senarai dikeluarkan Zafrul, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi ketika itu meluluskan 4 tender rundingan terus dengan nilai keseluruhan kira-kira RM 1.1 juta.
Semakan mendapati Azmin belum membuat kenyataan apakah tender secara runding terus itu dibuat ketika beliau menjawat jawatan tersebut.
0 Comments