JAIPk bangkit titah Sultan lepas ustaz PAS politik dalam masjid


PIHAK
berkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) terpaksa sekali lagi mengingatkan parti politik supaya tidak menyalahgunakan masjid dan surau untuk sebarang aktiviti berbentuk politik.

Ia selepas seorang penceramah pro-PAS secara terbuka mengaku menggunakan masjid sebagai tempat menyebarkan kempen politik untuk memenangkan calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata jawatankuasa masjid dan surau perlu peka mengenai perkara itu dan mesti memastikan rumah ibadah itu tidak dipergunakan orang politik sesuai titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Mei tahun lalu.

“Ini peringatan yang berulang kali disebut mengenai titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang melarang penggunaan masjid dan surau dalam hal yang melibatkan politik kepartian.

“Parti politik juga diingatkan tidak menggunakan premis berkenaan bagi maksud tertentu," tegasnya.

Menerusi satu klip video pendek yang tular baru-baru ini. Abdullah Khairi yang terkenal dikalangan penyokong PAS berkata, "orang PAS" melakukan tugas menangkan calon Barisan Nasional (BN) PRK Slim di Masjid.

"Tuan-tuan tengok penyatuan kita... di masjid orang PAS buat kerja. Di masjid orang PAS buat kerja untuk memenangkan calon kita.

"Dulu orang Umno dia tak atoq di masjid, ya tidak?. Tapi orang PAS atoq, masjid-masjid, surau-surau, semua kita boleh pi (pergi). Tuan-tuan (pula) atoq dekat pasar, dekat rumah orang," katanya dalam rakaman berkenaan.

Turut kelihatan dalam rakaman itu, calon BN, Mohd Zaidi Aziz dan

Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai ustaz Syamsul Debat.

Mengaku berkempen dalam masjid

Abdullah Khairi turut berkata, beliau menggunakan pendekatan psikologi kepada jemaah yang hadir untuk berkempen bagi BN.

"Saya tadi di masjid Trolak Utara, ramai orang yang hadir di masjid itu. Kita cerita bagi teghiak (menangis), tuan-tuan. Saya pandai buat psikologi.

"Lepas bagi depa teghiak, last (akhir) sekali (bagi pesanan): 'Tuan-tuan jangan lupa pangkah N58, Ustaz Mohd Zaidi.'

"Terkejut depa. 'Eh, ustaz kempen?'. Memang aku kempen pun!” ceritanya dengan bangga.

Sementara itu, bekas exco jawatankuasa agama dan pendidikan Islam Perak Asmuni Awi menyifatkan bahawa PAS "sebuah parti yang degil" dan tidak mengikut arahan.

"Pagi tadi dapat laporan seorang individu bernama Abdullah Khairi di mana beliau mengaku guna masjid untuk kempen politik.

"Penggiat PAS ini telah berkempen dan menyeru hadirin masjid untuk beri sokongan pada calon BN. Ini merupakan terang-terang langgar arahan.

"Pas ni parti yang degil, yang tak mahu ikut arahan.

"Menteri mereka sendiri pun sepatutnya ikut perintah kuarantin tetapi… sama juga apa yang berlaku sekarang ini," kata Pengerusi AMANAH Perak itu lagi.


Menderhaka Sultan


Sebagai rekod, pada Mai tahun lalu, Mufti Perak Harussani Zakaria berkata titah Sultan Perak itu perlu dipatuhi.

Golongan yang ingkar termasuk di kalangan Jawatankuasa masjid dan surau boleh dianggap sebagai menderhaka.

Post a Comment

0 Comments