Menteri didakwa tidak patuh SOP Covid-19


SEORANG menteri didakwa melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 selepas melakukan lawatan ke luar negara bulan lalu.

Dakwaan itu dibuat Teresa Kok (HARAPAN-Seputeh) di Dewan Rakyat siang tadi, seperti dilapor media.

"Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi pergi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai tetapi pada 13 haribulan dia datang ke Parlimen.

"Kita tahu semua orang yang berkunjung ke luar negara harus dikuarantin selama 14 hari (selepas pulang).

"Sekarang ni ada menteri kabinet tak ikut (peraturan yang ditetapkan)," katanya dipetik.

Sebagai rekod, Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi ialah Mohd Khairuddin Aman Razali yang bertanding atas tiket PAS bagi Parlimen Kuala Nerus.

Dipetik Malaysiakini, Kok berkata, perkara itu disampaikan oleh sumbernya.

Untuk rekod pada tarikh yang dinyatakan Kok, kerajaan mewajibkan kuarantin di rumah selama 14 hari kepada sesiapa saja rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

Kata Kok, tindakan harus dikenakan - sama ada oleh Kementerian Kesihatan atau parlimen - ke atas anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu atas keingkaran berkenaan.

Gesaan sama turut disuarakan RSN Rayer (HARAPAN-Jelutong) dengan alasan Mohd Khairuddin mendedahkan parlimen kepada ancaman virus berbahaya itu.

Sementara Dr Lee Boon Chye (HARAPAN-Gopeng) pula berkata jika dakwaan Kok itu benar, tindakan menteri terbabit boleh dianggap sangat tidak bertanggungjawab kerana di Turki sendiri hampir 250,000 kes Covid-19 disahkand an hampir 6,000 kematian.

Mohd Khairuddin belum membuat sebarang komen terhadap dakwaan tersebut.

Post a Comment

0 Comments