Jangan undi 'pelacur politik' - Salahuddin Ayub


GOLONGAN muda di negara ini perlu mengelak daripada mengundi “pelacur politik” yang terlalu mudah dibeli sokongan mereka.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, pengundi wajar memberi peluang kepada calon yang mempunyai integriti dan berpendirian teguh memegang mandat yang diberikan rakyat. 

“Oleh kerana anak-anak muda boleh mengundi dalam PRU akan datang, saya rasa elaklah pilih mereka yang ada kecenderungan jadikan profesion politik sebagai pelacur politik.

“Terlalu murah harga orang politik ni… boleh dibeli begitu saja - dalam tempoh semalaman - mereka boleh menukar sokongan,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen.
https://t.me/kartelmedia
Sementara itu,  Ahli Parlimen Pulai itu turut mengkritik kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dilapor berkata, Muafakat Nasional (MN) boleh memenangi PRU ke-15 jika persaingan berlaku melalui pertembungan dua penjuru.

Kata Salahuddin, kekecohan mengenai isu kerusi yang berlaku dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini membayangkan pertembungan dua penjuru antara MN dan Pakatan Harapan (HARAPAN) sukar berlaku.

"Riuh-rendahnya seakan (terdapat) lima, enam penjuru," katanya.

Pada masa sama Salahuddin dengan secara sinis turut mempersoalkan pendirian PAS sama ada parti itu berpihak kepada gabungan Muafakat Nasional atau PN.

“Saya nak tanya PAS ni hati mereka sebenarnya dengan siapa? PN atau Muafakat Nasional?

“Hari ni cakap macam dengan PN [...] tapi pada masa sama macam ada isyarat mereka mahu bersama dengan Muafakat Nasional. Jadi jelaskan, ke mana mereka nak pergi sebenarnya,” kata Salahuddin.

Post a Comment

0 Comments