Dasar kayakan petinggi politik perlu dihapuskan - Anwar


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Putrajaya menjalankan kajian bebas dan inklusif mengenal pasti punca sebenar sebahagian besar Bumiputera masih melarat.

Melalui satu kenyataan, Presiden Parti Keadilan rakyat (KEADILAN) itu berkata, kajian itu perlu bagi memastikan inisiatif bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) mencapai sasaran kepada golongan memerlukan dan kurang bernasib baik.

Tegasnya, masalah ekonomi dihadapi golongan Bumiputra wajar diperincikan kerana kemelut dihadapi golongan itu diselesaikan walaupun pelbagai keistimewaan diberikan.
https://t.me/kartelmedia
Inisiatif dan rancangan kerajaan untuk terus membantu Bumiputera disambut baik, namun menurut Anwar, ia akan gagal jika tidak menyasar kepada golongan benar-benar memerlukan.

“Keistimewaan yang dimaksudkan untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi Bumiputera telah diperalat untuk hanya memperkayakan golongan elit dan terus melebarkan jurang pendapatan antara yang kaya dan yang miskin.

“Hapuskan dasar yang hanya memperkaya gerombolan elit dan petinggi politik,” katanya.

Sementara itu tambah Anwar,  dasar kerajaan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dan kumpulan minoriti lain dalam ekonomi dan industri hanya boleh dicapai dengan baik melalui pelaburan dalam peningkatan kapasiti, selain latihan kemahiran dan pendidikan.

Tumpuan juga harus diberikan bagi merancakkan lapangan utama ekonomi dan memberikan dukungan secukupnya kepada perusahaan kecil dan sederhana.
 

Post a Comment

0 Comments