Anwar bidas alasan tangguh bentang RMK-12


ALASAN
diberikan kerajaan berhubung penangguhan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang sepatutnya dibuat bulan ini dibidas.

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, alasan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) baru ditubuhkan dan banyak hal perlu dipertimbang menunjukkan seolah-olah kerajaan PN enggan membahaskannya.

"Nyata ada keenganan dari pihak kerajaan untuk menggunakan ruang Parlimen untuk membahas secara teratur dan bebas sama ada pakej rangsangan atau pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12," katanya di Dewan Rakyat.

Sebelumnya Anwar mengemuka soalan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed berhubung punca pembentangan RMK-12 ditangguhkan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mempersoalkan sejauh mana permasalahan fiskal menjadi punca kepada penangguhan tersebut, selain kesan penularan Covid-19 dan penyusunan semula kementerian.

Mustapa ketika menjawab soalan itu berkata, kerajaan perlu mengambil kira perubahan landskap ekonomi negara dan global, selain bagi memberi ruang penilaian semula dilakukan.

Bagaimanapun, Mustapha berkata,  RMK-12 akan tetap berteraskan kepada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang dilancarkan Okt tahun lepas oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Alasan itu bagi saya terlalu sangat remeh. Ia terkait dengan beberapa langkah yang harus dibuat sebelumnya, termasuk membahaskan pakej rangsangan, Belanjawan (2021) ditunda.

“Alasan disebut oleh perdana menteri ialah tak mahu menangguhkan pelaksanaan. Kita dah jelaskan, pelaksanaan tak semestinya ditangguhkan, tapi perbahasan di parlimen harus didahulukan.
https://t.me/kartelmedia
Ini tidak menyebabkan kita melengahkan tindakan...Seperti kita buat belanjawan tambahan, kita boleh belanja dulu,” kata Anwar lagi.

Difahamkan, RMK-12 sepatutnya dibentangkan di parlimen pada 6 Ogos ini namun ditangguhkan sehingga tahun depan, manakala Belanjawan 2021 pula dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat Nov ini.

Sebelum ini, kerajaan pimpinan Muhyiddin yassin dikritik apabila pakej rangsangan Prihatin tidak dibahaskan di Dewan Rakyat atas alasan kebimbangan penularan wabak tersebut.


Post a Comment

0 Comments