Ahli ekonomi beri sebab mengapa dasar Bumiputera gagal


AHLI ekonomi terkenal menyahut saranan dikemuka Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu dasar membantu Bumiputera dikaji supaya tidak diseleweng bagi mengkayakan petinggi politik.

Profesor Barjoyai Bardai yang dipetik satu laporan oleh FMT berkata, berlaku eksploitasi atas dasar tindakan afirmatif bagi sokongan politik dan keuntungan peribadi oleh elit politik.

Sambil menegaskan bahawa kerajaan perlu belajar dari kesilapan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Barjoyai mengingatkan eksploitasi telah menjadi punca mengapa sebahagian besar usaha meningkatkan ekonomi Bumiputera tidak mencapai tujuannya.
https://t.me/kartelmedia
“Tidak masuk akal mereka yang kaya mendapat keuntungan dari tindakan afirmatif kerana mereka akan menolak peluang orang lain, termasuk bangsa sendiri.

“Kalau anda menggaturkan Ali Baba, anda menjalankan institusi sebagai perniagaan dan bukannya badan untuk membantu meningkatkan kemampuan,” katanya dipetik laporan itu.

Semalam, Anwar menggesa kajian terperinci dilakukan bagi mengetahui mengapa Bumiputera masih melarat.

Presiden KEADILAN itu turut mengingatkan bahawa apa-apa usaha meningkatkan taraf hidup golongan itu perlu dilaksana dengan cara dan sasaran yang tepat. 

BACA:
Dasar kayakan petinggi politik perlu dihapuskan - Anwar

Sementara itu, penyelidik dari DM Analytics, Zouhair Rosli dipetik laporan serupa berkata tindakan afirmatif untuk membantu Bumiputera dan golongan miskin dari semua kaum sememangnya dilakukan. 

Zouhair Mohd Rosli
Namun beliau mengkritik pelaksanaan dasar pro-Bumiputera yang menurutnya telah dilanda rasuah dan serta pelbagai bentuk bocoran.

"Kita perlu menjadi objektif, tetapi masalahnya adalah semuanya politik. Kita beri kontrak kepada orang yang tidak mempunyai kemampuan atau keupayaan.

“Tindakan afirmatif Bumiputera perlu bersasar untuk memberi peluang kepada Bumiputera yang berkemampuan dan memiliki keupayaan untuk memanfaatkan peluang tersebut.” jelasnya.