BEKAS Ahli Parlimen kawasan Batu, Chua Tian Chang diperintah agar meletak jawatan sebagai pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa arahan itu telah dikeluarkan kepada Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) itu melalui keputusan dalam mesyuarat pada 28 Jun lalu.
Keputusan itu juga berdasarkan cadangan daripada lembaga disiplin parti tersebut.
"Ya saya ada keluarkan surat seperti mana keputusan MPP dalam mesyuarat terakhir yang ikut dihadiri oleh Tian," kata Saifuddin dipetik Malaysiakini.
Awal hari ini, portal dalam talian The Malaysian Insight memetik sumber yang mendedahkan surat Saifuddin kepada Tian Chua bertarikh 29 Jun.
Tian diberi arahan mengundurkan diri daripada jawatan lantikan politik atau berisiko menghadapi tindakan lebih tegas.
Laporan The Malaysian Insight turut memetik Tian Chua sebagai mengesahkan bahawa beliau menerima surat itu pada malam Rabu lalu melalui e-mel.
Bagaimanapun, Sin Chew Daily hari ini memetik Tian Chua membuat kenyataan berlainan apabila mendakwa tidak ada surat seumpama itu yang memintanya mengundurkan diri.
Tian Chua sebelum ini diberi surat tunjuk sebab oleh KEADILAN. Parti itu memulakan siasatan tatatertib terhadap mereka yang diketahui berpihak kepada Azmin Ali yang mencetuskan "Langkah Sheraton" pada akhir Februari lalu sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.
Tian Chua dianggap sebagai antara individu penting yang bersama kem Azmin Ali.
Pada Mac lalu, Tian Chua diserang sebahagian anggota parti itu yang menganggap beliau sebagai 'pengkhianat'.
Insiden itu berlaku selepas Tian Chua bersama beberapa individu lain dipanggil ke Ibu Pejabat parti itu di Petaling Jaya
Msyuarat lembaga disiplin parti itu pada 28 Jun lalu untuk memecat ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha, ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang Nur Zarina Zakaria, ketua Wanita KEADILAN Sabah, Rahimah Majid dan dua Adun Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh).
Pembersihan dalaman itu menyaksikan ratusan anggota parti itu digantung atau dipecat.

0 Comments