Covid-19: Lima kes baru dilaporkan


SEBANYAK 
lima kes baharu positif Covid-19 di laporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada lima kes itu terdapat dua kes penularan tempatan telah dikesan.

Kedua-dua kes itu adalah melibatkan kes saringan pra rujukan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

"Tiga kes import yang mendapat jangkitan dari Qatar, Turki dan Oman turut melibatkan rakyat tempatan yang pulang ke negara ini," katanya siang tadi.

Susulan 5 kes baru itu, jumlah kumulatif positif Covid-19 kini meningkat kepada 8,648 kes.

Beliau berkata, terdapat sembilan kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Manakala 81 sedang menerima rawatan di hospital dan dua pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang memerlukan bantuan pernafasan dan tiada kes kematian baru dilaporkan.

"Jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya ialah 8,446 kes bersamaan 97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Jumlah kumulatif kes kematian berkaitan Covid-19 kekal 121 kes iaitu bersamaan 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," tambahnya lagi.

Post a Comment

0 Comments