Surat Anwar sokong Muhyiddin palsu


KEADILAN mengesahkan surat aku janji yang menggambarkan presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia adalah palsu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung parti itu, DatuK Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini .

"Palsu," kata Saifuddin yang dipetik laporan Malaysiakini ketika diajukan isu surat tersebut.

Surat aku janji bertarikh 16 Mei tersebut  pernah tersebar sehari sebelum sidang parlimen 18 Mei lalu. Ia disebar kembali pihak tertentu di media sosial sejak semalam.

Penyebaran surat tersebut dipercayai ada kaitan dengan usul undi tidak percaya dibawakan Ahli Parlimen Langkawi bagi mencabar keasbahan Muhyiddin Sebagai perdana menteri. 

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof mengesahkan menerima usul  itu pada 8 Mei lalu. n.

"Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang membangkitkan iaitu: Mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli yang berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat.

"...usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak," katanya.

Bagaimanapun, persidangan pada 18 Mei sebelum ini hanya diadakan selama satu hari kerana negara masih terkesan dengan Covid-19 dengan satu agenda iaitu titah diraja pada pembukaan sidang oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ia sekaligus menyaksikan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional tidak akan berlaku.

Post a Comment

0 Comments