Tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan


KETUA
Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan tidak ada kes jangkitan tempatan telah dilaporkan hari ini.

Bagaimanapun jelas Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat empat kes baru, yang kesemuanya adalah kes import iaitu yang dijangkiti di luar negara.

Daripada kes yang diimport itu, tiga adalah rakyat Malaysia, dan satu daripadanya bukan warganegara.
https://t.me/kartelmedia
“Terdapat dua lagi kes positif Covid-19 dikesan dalam kluster PUI Novgorod. 1 kes merupakan kontak rapat kes indeks kluster ini yang telah dikesan hasil siasatan lanjut kes positif Covid-19 sedia ada.

“Satu lagi kes adalah kes baru hari ini (iaitu kes import Russia – kes 8727),” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham satu kes yang dikesan adalah kontak rapat kepada kes indeks kluster  Novgorod iaitu kes ke 8,673.

"Beliau ini dikesan positif hasil daripada siasatan lanjut yang dijalankan kepada kes positif sedia ada.

"Bagi kes kedua pula, beliau adalah kes baharu yang dilaporkan hari ini iaitu kes import dari Russia dan tiba di negara ini semalam (13 Julai).

"Beliau juga adalah kontak rapat kepada kes ke 8,673 dan 8,718 di Novgorod, Rusia," jelasnya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan empat pesakit telah pulih, menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 83.

Daripada itu enam kes sedang dirawat di ICU, dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Tidak ada kematian baru dilaporkan hari ini.

Post a Comment

0 Comments