LELAKI yang disyaki bertanggungjawab membunuh 3 ekor kucing dengan memasukkannya dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi, di Desa Amanpuri, Kepong pada 12 Julai lalu telah ditangkap.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam kenyataan hari ini berkata, suspek ditahan pada 12.15 pagi oleh penguat kuasa JPV Selangor pa 13 Julai dan kini direman 4 hari.
“Perintah reman ke atas orang yang disyaki diperoleh dari Mahkamah Selayang, Selangor selama 4 hari mulai 13 Julai hingga 16 Julai.
Terdahulu, tindakan seorang lelaki memasukkan tiga ekor kucing ke dalam mesin pengering pakaian yang aksinya dirakam dan dikongsi di media sosial menarik perhatian ramai dan dikecam ramai.
Hasil siasatan awal rakaman CCTV di kedai dobi menunjukkan suspek memasukkan 3 ekor kucing dalam mesin basuh berasingan pada 5.30 pagi.
BACA: Warganet kecam pembunuh kucing
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.30 pagi selepas seorang wanita yang pergi ke dobi itu untuk membasuh baju menemui bangkai kucing didalam mesin berkenaan.
Susulan itu, siasatan dijalankan di bawah Subseksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772), iaitu dengan kejam menyebabkan kesakitan dan penderitaan tidak sepatutnya ke atas 3 ekor kucing berkenaan.