S'gor dakwa jajaran asal ECRL bakal jejas tadahan air


CADANGAN
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)  berdasarkan jajaran asal dibantah Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata cadangan agar projek itu melalui kawasan Gombak dan Serendah akan menjejaskan kawasan tadahan air di Selangor.

“Jajaran asal meliputi laluan berhampiran Permatang Kuarza (Gombak), Empangan Batu, Hutan Simpan dan Taman Rimba Templer, Kota Puteri atau Batu Arang. Jajaran itu melalui kawasan tadahan air.

“Selangor telah mencadangkan lokasi yang lebih strategik iaitu di Jenjarom (Kuala Langat) berhampiran kawasan Rimbayu atau Kampung Cheeding selain di Pelabuhan Barat,” katanya  semasa sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) di Shah Alam.

Ng sebelumnya menjawab pertanyaan ADUN Banting, Lau Weng San  berhubung status terkini projek ECRL di Selangor.

https://t.me/kartelmedia
Sebelum ini, media melaporkan ada pihak mencadangkan agar laluan ECRL dikembalikan kepada jajaran asal yang diputuskan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Keputusan itu dilihat bukan sahaja akan menjejaskan jajaran Kuarza, tetapi turut membabitkan kos lebih besar berbanding laluan baru dicadangkan Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini.

BACA:
PN perlu jelaskan kenapa pilih projek kos lebih tinggi

Sementara itu, Ng menyatakan sekiranya Kementerian Pengangkutan berhasrat meneruskan projek ECRL dengan pelan jajaran asal, impak ekonomi terhadap kawasan di laluan yang pernah dicadangkan sebelum ini harus diselesaikan menerusi solusi yang baik.
 

Post a Comment

0 Comments