KENYATAAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa peletakan jawatannya hanyalah formaliti dan bukan sebab utama kepada tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) dikritik.
Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dalam satu hantaran di laman mikro Twitternya berkata, keadaan akan jauh berbeza hari ini jika bekas pemimpin parti Bersatu itu tidak melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri pada Februari lalu.
Mahathir dalam satu laporan semalam berkata susulan krisis pada akhir Febuari lalu, beliau ditawarkan untuk membentuk gabungan baru bersama Umno, PAS dan Bersatu.
![]() |
Petikan hantaran Twitter Amin Ahmad |
“Jika anda (Mahathir) panggil mesyuarat tergempar HARAPAN untuk beritahu dan bincang situasi sebenar ketika masih menjadi PM (perdana menteri), perkara akan jadi berbeza.
“Saya percaya kita masih boleh meraih lebih sokongan. Bagaimanapun, kamu (Mahathir) tak (bincang). Ia seperti kerajaan kamu sendiri dan bukan HARAPAN,” dakwanya lagi dalam tweet yang ditulis dalam bahasa Inggeris.
Sebagai rekod, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika awal krisis yang membawa kejatuhan kerajaan HARAPAN itu berkata, beliau mengetahui niat Mahathir untuk meletakkan jawatan kabinet tertinggi itu dan telah merayunya untuk tidak berbuat demikian.
0 Comments