PPMM desak kawal harga durian



PERSATUAN Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) menggesa kementerian berkaitan segera memperkenalkan harga siling buah durian mengikut gred.

Presidennya, Leftenan Kolonel (B) Che Hassan Che Johan, langkah tersebut perlu bagi memastikan pembeli tidak merasa tertipu dan merasa terpaksa membayar buah tersebut pada harga tinggi sedangkan kualitinya tidak seberapa.
 https://t.me/kartelmedia
"Bukan semua orang mampu membeli durian, lebih-lebih lagi mereka mempunyai anak ramai.

"Sebagai contoh, apa perasaan seorang ayah kepada lima anak yang hanya mampu membeli sebiji dua buah durian tetapi apabila pulang ke rumah mendapati buah yang dibeli rosak atau isinya keras," katanya dipetik laporan Bernama.

Beliau mengulas laporan media sebelum ini, mengenai sikap segelintir peniaga durian yang menjual buah berkenaan, mengikut model kereta yang digunakan pembeli.

PPMM turut menggesa penguatkuasaan dijalankan supaya peniaga yang mengambil kesempatan dikenakan tindakan.

Sementara itu, Che Hassan turut menegaskan bahawa alasan peniaga kononnya harga durian tidak boleh dikawal kerana ianya buah bermusim sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Beliau turut menasihati pengguna supaya membawa bekas ketika membeli buah durian agar mereka tidak mudah tertipu.

"Nasihat saya apabila beli buah durian, jangan bawa balik sekali dengan kulit, sebaliknya kupas durian dan letak isi dalam bekas terlebih dahulu," katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments