KERAJAAN Melaka yang kini dikuasai Perikatan Nasional (PN) dilapor telah menghentikan serta-merta pemberian dan manfaat Kad Peduli Sihat yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) di negeri itu.
Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka, Datuk Latipah Omar berkata, keputusan itu dibuat susulan beberapa kekangan terhadap skim diperkenalkan Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Januari lalu.
Sehubungan itu katanya, dana khas yang diperuntukkan untuk manfaat kira-kira 1,000 keluarga B40 sebelum ini akan diguna untuk program bantuan lain.
"Kerajaan akan cuba merangka balik satu jalan baharu bagi mengatasi masalah kad kesihatan ini, ia masih dalam kajian," katanya di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh.
Sebelum ini, kerajaan negeri ketika di bawah pimpinan Ketua Menteri terdahulu, Adly Zahari melancarkan Kad Peduli Sihat yang memberi manfaat kepada lebih 1,000 keluarga dalam golongan B40.
Setiap keluarga yang menerima manfaat skim tersebut memperoleh manfaat antara RM300 hingga RM500 setahun untuk mendapatkan pelbagai rawatan kesihatan di klinik swasta terpilih.
Inisiatif itu sebelum ini diwujudkan bagi meringankan masalah kewangan dihadapi golongan itu disamping memberi mereka peluang mendapat rawatan kesihatan lebih baik.

0 Comments