MAHKAMAH Tinggi Kota Bharu menetapkan tarikh 25 Ogos depan sebagai sebutan kes tuntutan saman fitnah dikemukan Senator Aiman Athirah Al-Jundi terhadap Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff
Perkara itu dimaklumkan Peguam Rusilawati Zakaria yang mewakili Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan (HARAPAN) itu baru-baru ini.
Tambahnya, Mahkamah turut mengarahkan Kamarul Zaman Yusoff memfailkan pernyataan pembelaan atas tuntutan saman tersebut.
"Saman yang difailkan itu ekoran tulisan Kamarul Zaman di akaun Facebook pada 25 Mei lalu bertajuk 'ketua wanita Amanah hipokrit' dan tulisan melalui akaun Facebook sama pada 26 Mei yang juga turut dianggap oleh Aiman sebagai memfitnah," katanya dipetik.
Terdahulu, Aiman Athirah atau nama sebenarnya Raj Munni Sabu mengemukakan saman fitnah tersebut walaupun Kamarul sebelum ini menyatakan permohonan maaf.
Rusilawati berkata, anak guamnya menolak permohonan maaf tersebut atas alasan-alasan tertentu.
"Anak guam kami merasakan permohonan maaf oleh Kamarul Zaman itu tidak memberi gambaran bahawa defendan benar-benar insaf dan menyesali atas kenyataan yang dibuat," ujarnya.
Sebelum ini, Kamarul Zaman turut berdepan tuntutan saman dari seorang lagi pemimpin HARAPAN.
Ia susulan tulisan bertajuk "Dr Mujahid antara kuda tunggangan terbaik DAP" yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya pada 25 Mei 2017.
Bagaimanapun, Mujahid yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa bersetuju dengan permohonan Kamarul supaya kes tersebut diselesaikan secara baik.
Kamarul Zaman yang membacakan pernyataan maaf di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad berkata beliau kesal dengan penerbitan artikel itu.

0 Comments