Kes jangkitan boleh naik mendadak


KEMENTERIAN
Kesihatan memaklumkan terdapat sembilan kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, enam daripada kes yang dikesan itu melibatkan penularan dalam negara.

Daripada enam kes itu, empat melibatkan warga tempatan dan semuanya berlaku di Sarawak iaitu daripada Kluster Stutong, Kluster Sentosa, Kluster Kejuruteraan Kuching dan satu kes masih dalam siasatan.

Dua lagi kes penularan dalam negara dikesan di Sabah, melibatkan saringan tahanan sebelum dibebaskan daripada penjara, dan di Kelantan, juga melibatkan kes saringan tahanan penjara tetapi telah dipindahkan ke pusat tahanan Imigresen.
https://t.me/kartelmedia
Sementara itu menurut Dr Noor Hisham, seramai lapan pesakit Covid-19 telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes pulih kepada 8,574 kes, iaitu 97 peratus daripada keseluruhan kes.

Seramai lima pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham memaklumkan tiada kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kekal 123 kes, iaitu 1.39 peratus daripada keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini berjumlah 143, kira-kira dua kali ganda berbanding 9 Julai lalu.

Nilai kebolehjangkitan atau R0 (R-naught) kini pada angka 1.36, meningkat daripada 0.3 ketika tempoh perintah kawalan pergerakan.

R0 merujuk nilai kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh kes yang berlaku. Dalam kaedah permodelan dan ramalan untuk sesuatu wabak, menurunkan nilai R0 kurang daripada angka 1 secara berterusan akan membantu mengakhiri sesuatu wabak.

"Jika ia mencecah 1.6, bermakna kita boleh menjangkakan peningkatan mendadak dalam tempoh masa yang singkat," katanya.

Post a Comment

0 Comments