Pemimpin HARAPAN tak terlibat insiden conteng mural


INSIDEN
menconteng gambar mural beberapa pemimpin negara di Shah Alam semalam tidak didalangi pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN).

Pengerusi HARAPAN Selangor, Amirudin Shari berkata, dakwaan bahawa pemimpin gabungan itu terlibat hanyalah persepsi semata-mata yang dilemparkan bertujuan bagi menyalahkan pihak lain.

"Dakwaan itu untuk (tunjuk) salah orang lain. Semua pemimpin dalam HARAPAN atau parti lain turut tunjuk komitmen bagi mengecam tindakan itu," katanya dipetik.

Semalam warganet mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang merosakkan hasil seni berupa potret Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12.
https://t.me/kartelmedia
Susulan insiden itu, polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, kerajaan negeri mengecam keras tindakan berkenaan yang dianggap tidak mencerminkan adab dan tatasusila.

Tambah beliau, kerajaan negeri sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk mengekspresikan bakat masing-masing dalam lukisan mural namun selepas ini lokasinya harus diambil kira bagi mengelakkan kejadian tidak menghargai karya artis seni itu berulang semula.

"Ini bukan kali pertama lorong belakang dihiasi lukisan mural malah kita, kerajaan negeri pertama menyediakan (ruangan mural) di Laman Seni Seksyen 2 dan Seksyen 7.

"Kita bagi ruang untuk ekspresi namun ruangan itu harus diperhatikan supaya dapat menggelakkan timbul perkara-perkara sensitif dan lain-lain," katanya.

Post a Comment

0 Comments