15 kes baru Covid-19 direkodkan


SEBANYAK 15 lagi kes baru Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata 11 kes baru itu ialah penularan tempatan dengan seorang daripadanya warga asing, manakala baki empat lagi merupakan kes import.

jelasnya, satu kes jangkitan di dalam negara itu membabitkan kes saringan kemasukan baru warga asing ke Depot Tahanan Imigresen Semuja di Sarawak. lapan lagi kes jangkitan tempatan itu turut membabitkan rakyat tempatan di Sarawak.

Manakala di Selangor dan Sabah masing-masing satu kes baru tempatan dilaporkan.
https://t.me/kartelmedia
Sementara itu, tiga daripada empat kes import itu terdiri daripada rakyat Malaysia dan seorang lagi warga asing yang dibenarkan memasuki Malaysia atas urusan kerja.

“Empat kes import tersebut dari Belanda, Arab Saudi, United Kingdom dan Indonesia,” katanya.

Susulan perkembangan itu, jumlah keseluruhan kes positif wabak tersebut yang dikesan di Malaysia adalah sebanyak 8,815 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan seramai tujuh pesakit sembuh hari ini, menjadikan semuanya 8,562 kes pulih setakat ini.


Jumlah kes aktif kini meningkat kepada 130 orang, empat pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan seorang memerlukan bantuan pernafasan

Beliau turut memaklumkan tiada kematian direkodkan hari ini yang menyaksikan angka itu kekal 123 kes.

Post a Comment

0 Comments