KEADILAN lantik jurucakap 'bayangan' kepada menteri PN


PARTI
Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengambil Inisiatif melantik jurucakap parlimen yang memegang portofolio "bayangan" kepada menteri-menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun Pengarah Komunikasi parti itu, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan bahawa lantikan itu bukan berperanan sebagai kabinet bayangan.

"Untuk memastikan dan mempertingkatkan keberkesanan ahli-ahli parlimen PKR, pejabat presiden dan whip parti melantik jurucakap parlimen (parliamentary spokespersons) PKR untuk membayangi menteri-menteri Perikatan Nasional, mengikut portfolio-portfolio yang ada," kata Nik Nazmi dalam kenyataan.
Senarai jurucakap bayangan kepada menteri PN

Difahamkan, seramai tiga puluh enam daripada 38 ahli parlimen parti itu mempunyai kedudukan dalam pasukan berkenaan dengan 19 ahli parlimen menggalas tugas sebagai jurucakap,  manakala 17 lagi sebagai timbalan.

Pengecualian ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ketua pembangkang dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengerusi majlis penasihat parti.

"Jurucakap parlimen yang telah dipilih menonjolkan kekuatan KEADILAN sebagai parti politik berbilang kaum yang inklusif dan berjaya dalam sejarah Malaysia," jelasnya lagi.

Sementara itu, Nik Nazmi menegaskan bahawa langkah kehadapan KEADILAN itu telah dimaklumkan kepada rakan mereka dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Post a Comment

0 Comments