Moto3: Hari malang buat Super Kip


MALANG buat pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi apabila gagal berlepas ke Sepanyol untuk menyertai Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP).

Prinsipal pasukan Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali berkata, Khairul Idham Pawi atau lebih terkenal dengan jolokan Super Kip itu gagal berlepas ke Sepanyol kerana sekatan kemasukan pelancong dikenakan Kesatuan Eropah.

Menurut Razlan, Kesatuan Eropah hanya membenarkan pelancong dari 15 buah negara memasuki Eropah, Malaysia bagaimanapun tidak termasuk dalam senarai yang dibenarkan itu.

“Malang sekali Malaysia tidak disenaraikan dan kebetulan pada hari sama (pengumuman dibuat), KIP sepatutnya berlepas, malangnya dia tidak dapat melakukannya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Super Kip pada awalnya dijadualkan berlepas ke Sepanyol pagi semalam, kejuaraan di Litar Jerez akan diadakan pada 19 Julai ini.

BACA:
Khairul Idham dapat 'lampu hijau' beraksi di Jerez

Sehubungan itu, Razlan berkata bahawa pihaknya kini meminta bantuan Dorna Sports untuk bekerjasama dengan kerajaan Sepanyol supaya memberi pengecualian dan kebenaran kepada semua pelumba Malaysia yang beraksi dalam MotoGP memasuki negara terbabit.

Dorna Sport adalah pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP

“Kita sedang berusaha dengan pihak Dorna Sports dan insya-ALLAH dalam masa sehari dua ini kita mungkin dapat surat kebenaran tersebut,” katanya.

Kejuaraan MotoGP musim ini ditangguhkan pada Mac, selepas perlumbaan di Qatar akibat penularan wabak Covid-19.

Post a Comment

0 Comments