Covid-19: Malaysia catat 1 kematian baru


SEBANYAK 15 kes baru berkaitan covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, maklum Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah .

Noor Hisham berkata, daripada 15 kes baru yang dilaporkan, 4 adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 2 orang warganegara tempatan dan 2 bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

Beliau berkata, daripada 4 kes import, 2 adalah dari United Kingdom, India (1) dan Libya (1).

Dalam pada itu Noor Hisham berkata, daripada 11 kes penularan dalam negara, 8 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan 3 bukan warganegara.

Katanya, daripada 8 kes penularan tempatan, Sarawak mencatatkan Sarawak 5 kes.

“Satu kes adalah saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19, 1 kes saringan kendiri, 1 kes saringan sebelum kembali bekerja dan 2 kes saringan rawak di lapangan, iaitu di pintu masuk utama negeri Sarawak,” katanya.

Susulan perkembangan terbaharu itu, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini kini meningkat kepada 8,779 kes.

Bagaimanapun sebanyak 8,553 daripadanya telah disahkan sembuh. Ia termasuk 7 pesakit yang dibenarkan keluar dari hospital hari ini.
https://t.me/kartelmedia
Terdapat 1 kematian dicatatkan dan menjadikan jumlah keseluruhan 123 maut akibat wabak itu.

Kematian itu membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun yang menghidap penyakit darah tinggi kronik dan strok.

“Beliau merupakan penghuni di pusat jagaan warga emas dan mula mengalami gejala demam dan batuk pada 10 Julai.

“Pesakit dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 17 Julai dan meninggal dunia setibanya di wad kecemasan.

“Beliau positif Covid-19 dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.51 malam,” katanya.


Sehingga kini jelas Dr Noor Hisham seramai 103 pesakit Covid-19 dirawat di seluruh negara. 2 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Post a Comment

0 Comments