Amerika Syarikat tarik diri dari WHO


AMERIKA
Syarikat (AS) melalui Presidennya, Donald Trump memulakan penarikan negara itu daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Memetik laporan AFP, tindakan mengejutkan itu sebagai tindak balasnya dalam isu koronvirus (Covid-19).
https://t.me/kartelmedia
Tindakan Trump itu menimbulkan kemarahan penyokong kesihatan awam dan penentang politik Trump  di mana badan itu mengetuai usaha global memerangi penyakit berjangkit dan kesihatan mental ketika jangkitan Covid-19 terus melonjak di seluruh dunia.

AS sebelum ini mengancam menangguhkan dana tahunan berjumlah AS$400 juta (RM1,709.8 juta) dan kini pentadbiran Trump secara rasmi mengumumkan penarikan diri menerusi notis dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, kata jurucakap Jabatan Negara.

Penarikan AS daripada WHO berkuat kuasa dalam tempoh setahun - 6 Julai 2021.

Bagaimanapun pencabar rapat Trump, Joe Biden bakal mengekalkan penyertaan negara itu dalam pertubuhan yang berpusat di Geneva jika beliau memenangi pilihan raya November ini.

Jurucakap Guterres dan badan kesihatan global sendiri mengesahkan bahawa AS, negara anggota pengasas utama WHO, sudah memberikan notis berhubung penarikan itu.

Sejajar dengan syarat ditetapkan ketika WHO ditubuhkan pada 1948, AS boleh mengundurkan diri dalam tempoh setahun namun perlu memenuhi kewajipan kewangan yang masih ada, kata jurucakap PBB.

Pada akhir Mei lalu, Trump mengatakan China melakukan 'sepenuh kawalan' terhadap WHO, AS turut mengancam mengalihkan dananya itu bagi keperluan kesihatan awam global yang lain di seluruh dunia dengan cepatnya.

Sementara itu, penggubal undang-undang demokratik menuduh Trump berusaha untuk menangkis kritikan dari menangani wabak di AS yang mencatatkan kematian tertinggi berbanding negara lain.

Sebagai rekod, Amerika merupakan negara yang terjejas teruk dengan penularan Covid-19, ia susulan keengganan negara itu mengetatkan undang-undang mencegah penularan wabak itu.

Post a Comment

0 Comments