Subky Latif meninggal dunia


BEKAS
wartawan kanan Harakah, Ahmad Subki bin Abdul Latif dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Difahamkan beliau menghembuskan nafas terakhir di  kediamannya di Taman Karak Utama.

Berita kematian veteran PAS berusia 80 tahun itu dimaklumkan anaknya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya sebentar tadi dan disahkan anak sulungnya, Dang Fatiha Subky.

“Dukacita ingin dimaklumkan ayahanda kami Subky Abdul Latif telah pun menghembuskan nafas terakhir.

“Segala salah dan silap mohon diampunkan. Doakan arwah ditempatkan bersama para Nabi, sahabat, orang-orang soleh. Amin,” tulis kenyataan itu.

Allahyarham turut dilapor sudah sekian lama uzur dan dikatakan menghidap sakit myelodyplastic syndrome (MDS) atau pre-leukimia.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan dan dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatus Sakinah selepas solat asar.

Selain Harakah, Subky pernah menjadi pemberita Utusan Melayu dan Warta Negara di Pulau Pinang mulai 1963.

Allahyarham juga merupakan mantan wartawan kanan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu sebelum mengasaskan akhbar lidah rasmi PAS pada tahun 1978.

Sebelum Sebelum memasuki PAS, beliau pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada mantan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Post a Comment

0 Comments