DEXAMETHASONE, sejenis steroid kortikosteroid yang sering digunakan dalam rawatan banyak keadaan, termasuk kesan sampingan pernafasan dan elergi dipercayai berkesan dalam merawat Covid-19.
Berdasarkan keputusan percubaan yang dianggap sebagai penemuan terbesar dalam usaha memerangi wabak berkenaan dexamethasone dipercayai membantu menyelamatkan satu pertiga daripada kes paling serius.
Penemuan itu hasil penyelidikan diketuai pasukan dari Universiti Oxford yang memberi steroid itu kepada lebih 2,000 pesakit Covid-19 yang tenat.
Dalam kajian mereka, Dexamethasone dilihat mengurangkan risiko kematian kepada 35 peratus pesakit yang hanya boleh bernafas dengan bantuan ventilator
Pesakit yang menerima bantuan oksigen, kadar kematian pula dapat dikurangkan kepada satu perlima.
Dos harian yang diberikan dapat mengelakkan kematian satu daripada lapan pesakit yang bergantung kepada ventilator selain menyelamatkan satu daripada 25 pesakit yang memerlukan bantuan oksigen, kata pasukan penyelidik itu.
"Dexamethasone adalah ubat pertama yang berjaya membuahkan hasil dalam menyelamatkan pesakit Covid-19. Ini adalah keputusan yang dinanti-nantikan," kata Peter Horby, profesor dalam bidang penyakit berjangkit baharu di Jabatan Perubatan Nuffield, Universiti Oxford.
"Dexamethasone tidak mahal, mudah didapati dan boleh digunakan serta-merta untuk menyelamatkan nyawa di seluruh dunia," katanya.
0 Comments