KEMENTERIAN Kesihatan mengumumkan jumlah kes pulih dan dibenar discaj tertinggi sejak Mac.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan media memaklumkan sebanyak 333 kes pulih hari ini.
Dengan perkembangan itu, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya sebanyak 7,733 atau 90.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan 11 kes baru dicatatkan sepanjang 24 jam lalu menjadikan kes positif Covid-19 di negara kini adalah sebanyak 8,505 kes.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula setakat ini adalah sebanyak 651 kes dengan tiada pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
"Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Mengulas mengenai 11 kes baru yang dikesan, Dr Noor Hisham menjelaskan ia melibatkan satu kes adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara dan 10 kes penularan tempatan.
“Enam kes adalah bukan warganegara manakala empat kes adalah di kalangan warganegara Malaysia,” katanya.
Dr Noor Hisham turut mengumumkan tidak ada kes kematian yang dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kekal pada 121 orang atau 1.42 peratus daripada jumlah kes.
0 Comments