CIJ bidas siasatan terhadap penulis blog


PUSAT
Jurnalisme Bebas (CIJ) melahirkan kebimbangan atas peningkatan bilangan individu yang dituduh dibawah eksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).

Merujuk tindakan dikenakan terhadap penulis blog, Dian Abdullah semalam atas dua catatan yang di blognya, CIJ menggesa siasatan dibawah undang-undang regresif itu dihentikan.

“Sekatan atau had kebebasan bersuara mesti berdasarkan prinsip-prinsip perlu dan berkadaran (necessary and proportionate), manakala langkah-langkah yang diambil untuk menangani alegasi dugaan pelanggaran dalam talian (alleged online infringement) mesti memenuhi ujian bahaya (the harm test) untuk menentukan kesahan, keperluan dan perkadaran (legitimacy, necessity and proportionality).

“Mengkriminalisasi kandungan yang berpotensi menentang dan berusaha untuk memegang kerajaan untuk dipertanggungjawabkan sangat tidak seimbang dengan tujuan-tujuan sah untuk melindungi ketenteraman awam,” kata Pengarah Eksekutif CIJ, Wathshlah G. Naidu dalam satu kenyataan.

Penulis blog, Dian dihadapkan ke mahkamah siber di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).

Dian juga didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat pernyataan yang boleh menyebabkan kerosakan masyarakat susulan catatan yang difahamkan mengenai Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, CIJ menegaskan rakyat negara ini memerlukan persekitaran yang sihat untuk mengalakkan pemikiran kritis dan perdebatan yang sihat yang akan menegakkan demokrasi dan pemerintahan yang baik (good governance).

“Sudah tiba masanya kita menolak tindakan kerajaan untuk menyensor dan membisukan pendapat atau pandangan yang tidak setuju dengan kerajaan supaya kebebasan bersuara dan bersuara dapat berkembang di Malaysia,” kata CIJ.

Terdahulu, kumpulan aktivis Human Rights Watch (HRW) turut tampil mempersoalkan tahap kebebasan media di negara ini.

BACA: Kebebasan bersuara: Kumpulan hak asasi beri amaran

Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson mendakwa pentadbiran Perikatan Nasional (PN) semakin kerap menyalahgunakan undang-undang bagi menyiasat dan mendakwa mereka yang mengkritik kerajaan.

Post a Comment

0 Comments