SEORANG lagi pemimpin MCA dilantik ke jawatan dalam pentadbiran Muhyiddin Yasin.
Memetik laporan Malaysiakini, Naib Presiden MCA Ti Lian Ker dilantik sebagai timbalan menteri perpaduan negara dan disahkan Presiden MCA Wee Ka Siong.
Difahamkan acara angkat sumpah dijangka berlangsung pada Selasa minggu depan di Istana Negara, Kuala Lumpur dan hanya akan melibatkan beberapa orang.
"Selain Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique dan ketua setiausaha kementerian juga akan hadir," kata sumber dipetik portal berkenaan.
Sebelum ini jawatan timbalan menteri itu ditawarkan kepada Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Sarawak Tiong King Sing.
Namun tawaran itu ditolak kerana dianggap tidak sepadan dengan Tiong yang dianggap sebagai ahli politik senior dan wajar diberi kedudukan lebih 'terhormat'.
Bulan lalu, Tiong dilantik menjadi duta khas perdana menteri ke China, yang membawa status menteri.
Pada masa ini, MCA memegang tiga jawatan 4 jawatan dalam pentadbiran Muhyiddin dengan seorang menteri dan tiga timbalan menteri.
Presiden Wee Ka Siong adalah menteri pengangkutan, timbalan presiden Dr Mah Hang Soon merupakan timbalan menteri (I) pendidikan, naib presiden Lim Ban Hong timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri dan Anggota Parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng menjadi timbalan menteri (I) perusahaan perladangan dan komoditi.
0 Comments