LANGKAH kerajaan mewajibkan majikan menanggung kos saringan koronavirus (Covid-19) ke atas pekerja asing masing-masing dikritik.
Kumpulan majikan berkata, langkah itu tidak kena pada masanya berikutan perniagaan bergelut untuk memulakan semula operasi selepas sekatan hampir 2 bulan.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF),
LANGKAH kerajaan mewajibkan majikan menanggung kos saringan koronavirus (Covid-19) ke atas pekerja asing masing-masing dikritik.
Kumpulan majikan berkata, langkah itu tidak kena pada masanya berikutan perniagaan bergelut untuk memulakan semula operasi selepas sekatan hampir 2 bulan.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan menyifatkan langkah tersebut “keterlaluan” dan majikan mungkin terpaksa berbelanja sehingga RM1 bilion jika mereka ikut arahan menguji semua pekerja asing.
Selain kos sekitar RM500 seorang yang tidak mampu ditanggung ramai majikan buat masa ini, langkah tersebut juga tegasnya boleh menyebabkan kerumitan logistik kerana terdapat kira-kira 2.3 juta pekerja asing sah.
“Ia tidak adil untuk majikan. Pengumuman itu betul-betul memudarkan semangat. Ia keterlaluan.
“Ramai majikan beritahu saya jika begitu keadaannya, eloklah larang pekerja asing kembali bekerja. Malah mungkin akan ada majikan enggan uji pekerja asing mereka.” katanya dipetik laporan sebuah portal.
Semalam, Pentadbiran Muhyiddin melalui menterinya, Sabri Yaakob mengumumkan semua pekerja asing diwajibkan menjalani saringan Covid-19 ekoran peningkatan kes positif melibatkan kalangan pekerja asing, susulan kes di satu tapak pembinaan di Ampang.
Shamsuddin berkata, ujian sedemikian akan mengambil masa setengah tahun untuk diselesaikan dan tidak ekonomik untuk dilaksanakan.
“Adakah kita tidak ada kerja lain hendak dibuat selain beratur untuk melakukan ujian swab? Ia akan melambatkan operasi. Di mana logik ekonomi dalam perkara ini?”
“Kerajaan sering menegaskan majikan perlu buat semuanya.”
Beliau berkata, kerajaan juga harus mengkaji sama ada saringan seperti itu diperlukan, menambah keputusan itu dilihat berdasarkan anggapan “semua pekerja asing memiliki virus dalam badan mereka”.
“Kerajaan tiada asas untuk capai kesimpulan itu.” tambahnya. menyifatkan langkah tersebut “keterlaluan” dan majikan mungkin terpaksa berbelanja sehingga RM1 bilion jika mereka ikut arahan menguji semua pekerja asing.
Selain kos sekitar RM500 seorang yang tidak mampu ditanggung ramai majikan buat masa ini, langkah tersebut juga tegasnya boleh menyebabkan kerumitan logistik kerana terdapat kira-kira 2.3 juta pekerja asing sah.
“Ia tidak adil untuk majikan. Pengumuman itu betul-betul memudarkan semangat. Ia keterlaluan.
“Ramai majikan beritahu saya jika begitu keadaannya, eloklah larang pekerja asing kembali bekerja. Malah mungkin akan ada majikan enggan uji pekerja asing mereka.” katanya dipetik laporan sebuah portal.
Semalam, Pentadbiran Muhyiddin melalui menterinya, Sabri Yaakob mengumumkan semua pekerja asing diwajibkan menjalani saringan Covid-19 ekoran peningkatan kes positif melibatkan kalangan pekerja asing, susulan kes di satu tapak pembinaan di Ampang.
Shamsuddin berkata, ujian sedemikian akan mengambil masa setengah tahun untuk diselesaikan dan tidak ekonomik untuk dilaksanakan.
“Adakah kita tidak ada kerja lain hendak dibuat selain beratur untuk melakukan ujian swab? Ia akan melambatkan operasi. Di mana logik ekonomi dalam perkara ini?”
“Kerajaan sering menegaskan majikan perlu buat semuanya.”
Beliau berkata, kerajaan juga harus mengkaji sama ada saringan seperti itu diperlukan, menambah keputusan itu dilihat berdasarkan anggapan “semua pekerja asing memiliki virus dalam badan mereka”.
“Kerajaan tiada asas untuk capai kesimpulan itu.” tambahnya.
0 Comments