LEBIH 200 pakar pediatrik mahu pentadbiran Muhyiddin Yasin membatalkan ketetapan baru supaya anak-anak petugas barisan hadapan 'diasingkan' daripada kanak-kanak yang lain di taska.
Menyifatkan ketatapan baru itu sebagai "diskriminasi", Pakar perunding kanan pediatrik Dr Amar-Singh HSS menganggap saranan berisiko mengasingkan semua petugas barisan hadapan dan anak-anak mereka.
"Ini sangat bersifat diskriminasi. Ini adalah masa yang sukar bagi barisan hadapan untuk berkhidmat dan banyak yang tidak dapat berjumpa anak-anak mereka, mengasingkan diri atau meninggalkan anak mereka dengan datuk nenek, untuk mengelakkan menjangkiti mereka.
"Batalkan saja (ketetapan baru itu). Dengan berbuat demikian (garis panduan asingkan anak), anda meletakkan idea di fikiran orang (bahawa barisan depan dan keluarga mereka menimbulkan risiko jangkitan) apabila anda melihat mereka di LRT, pasar raya dan lain-lain.
"Lihatlah bagaimana mereka (kerajaan dan masyarakat) memperlakukan pekerja asing yang telah berkhidmat di negara ini, membina bangunan, melayani kita makanan dengan gaji yang sangat rendah," katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Amar yang dipetik laporan portal itu mengesahkan kesahihan ketetapan baru itu yang yang diedarkan oleh kementerian berkaitan dengan keselamatan taska yang dikeluarkan pada hari Jumaat.
Dalam surat yang diserahkan semalam, mereka menegaskan garis panduan baru itu sebagai "tamparan" kepada semua barisan hadapan di negara ini ketika mereka sebelum ini digambarkan sebagai 'pahlawan negara kita'.
“Oleh itu, sangat menyakitkan untuk membaca panduan taska/prosedur operasi standard (SOP) yang dikemas kini dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Ini menyatakan bahawa 'ya, kami menginginkan kerja keras, pengorbanan dan risiko anda terhadap kesihatan anda sendiri dan keluarga anda, tetapi kami tidak akan membela anak-anak anda'. Anak-anak anda ‘tercemar’ dan harus diasingkan lebih baik tidak dialu-alukan ke taska atau pusat jagaan kanak-kanak,” katanya dalam surat itu," tambahnya.
Amar merupakan seorang antara 250 penandatangan yang terdiri daripada pakar pediatrik, yang disokong oleh Persatuan Pediatrik Malaysia yang menggesa ketetapan itu "dipertimbangkan" semula oleh Kementerian Kesihatan.
Walaupun surat itu ditandatangani oleh pakar pediatrik, Amar yang juga ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Perak, menunjukkan bahawa barisan hadapan tidak hanya terhad kepada petugas kesihatan sahaja, tetapi juga polis, angkatan bersenjata dan mereka yang berada di sektor perkhidmatan.
"Tidak ada sesiapa yang seharusnya didiskriminasi," tegas mereka.

0 Comments