
SETAKAT tengahari tadi, Kementerian Kesihatan melaporkan 36 kes baru koronavirus (Covid-19).
Ini menjadikan keseluruhan kes tersebut di Malaysia setakat kini adalah sebanyak 6,855 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 28 kes melibatkan warga negara asing.
Menurutnya lagi, seramai 88 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang hari ini.
meningkat kepada 5,439 orang, iaitu 79.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,304 kes," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.
Beliau turut memaklumlan, jumlah pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini adalah seramai 14 orang, lima pesakit daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam sidang media serupa, Dr Noor Hisham memaklumkan tiada kes kematian baru melibatkan pesakit Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini
Jumlah korban akibat wabak itu ketika ini kekal 112, iaitu 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
0 Comments