SETELAH menderita lima bulan menghidap penyakit misteri, akhirnya Nur Izzati Afiqah Hussein, 29, menghembuskan nafas terakhirnya malam tadi.
Nur Izzati, bekas tenaga pengajar kontrak di Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka sebelum ini dilapor menderita, kehidupanya berubah sepenuhnya apabila berat badannya naik mendadak secara 'misteri' apabila mencecah sehingga 200 kg dalam masa tiga bulan.
Ibu saudaranya, Zainab Hassan, 57, seperti dilapor Sinar berkata, sebelum 'pergi' Nur Izzati Afiqah mengalami pendarahan luar biasa.
"Mulanya, kami ingatkan dia datang haid tetapi berlaku dalam keadaan yang begitu banyak.
"Darah tersebut keluar pada jam 2 petang dalam keadaan berketul," katanya
Menurutnya, ketika itu Nur Izzati Afiqah masih boleh bercakap seperti biasa dan kemudian beransur-ansur menjadi lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Difahamkan, jenazah arwah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung.
Keluarga terpaksa mendapatkan kerjasama Bomba dan Penyelamat Balai Pasir Mas bagi membantu urusan pengebumian kerana keadaan fizikal arwah.
Sebelum ini adik bongsu Nur Izzati Afiqah, Muhammad Khairul Akram, mengalami masalah sama dan meninggal dunia empat bulan lalu pada usia yang muda 25 tahun.

0 Comments