PENULARAN wabak koronavirus di Amerika Syarikat (AS) semakin memuncak apabila kematian akibat pendemik itu kini melepasi angka 10,000 orang.
Sehingga Ahad, sebanyak 10,524 kematian telah dilaporkan, manakala pada Isnin jumlah itu meningkat kepada 10,871.
Apa yang sangat membimbangkan adalah angkat kematian itu naik mendadak hanya dalam tempoh enam minggu selepas korban pertama akibat koronavirus dilaporkan di negara itu.
Media turut melaporkan, hospital di beberapa negeri di AS mengeluarkan amaran kecemasan bekalan-bekalan perubatan akan mencapai tahap kritikal dalam tempoh tiga hingga enam hari sahaja lagi.
Malah, di bilik mayat hospital di New Orleans telah ketiadaan ruang untuk menempatkan mangsa-mangsa yang meninggal dunia.
Penolong setiausaha perkhidmatan kesihatan dan manusia AS, Dr Brett Giroir yang dipetik berkata, beberapa negeri termasuk New York, New Jersey dan Detroit akan melihat kemuncak jangkitan dan kematian akibat COVID di hospital minggu ini.
Data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University menunjukkan virus itu telah menjangkiti lebih daripada 367,000 orang di AS.
0 Comments