Koronavirus jadi malapetaka besar di New York


NEW YORK
di Amerika Syarikat (AS) dilapor mencatat peningkatan kes jangkitan koronavirus (Covid-19) melebih kes dicatatkan di dua buah negara Eropah.

Kawasan timur-laut AS yang mempunyai kepesatan penduduk ketiga tertinggi di dunia itu pada Rabu dilapor mencatat 151,171 kes, Jumlah itu melebihi kes dilaporkan di Sepanyol (148,200) dan Itali (139,422)

Gabenor Andrew Cuomo yang dipetik media juga melaporkan, kota itu pada Selasa mencatatkan angka kematian tertinggi dalam sehari iaitu 731 kematian dalam tempoh 24 jam.

Sekurang-kurangnya 3,202 dilapor maut akibat koronavirus di kota itu sekaligus melebihi angka korban serangan 9/11 hampir dua dekad lalu seramai 2.753 orang.

Cuomo juga memberi gambaran bilangan kematian akan terus meningkat kerana pertambahan mereka yang dimasukkan ke hospital untuk masa yang lebih lama.

"Sekarang bukan masa untuk berpuas hati, bukan masa untuk melakukan apa-apa yang lain daripada yang sedang kami lakukan.

"Ingatlah apa yang terjadi di Itali apabila sistem penjagaan kesihatan keseluruhannya menjadi lebih teruk, jadi kita perlu terus rajin; kita perlu terus berdisiplin.

"Tidak syak lagi bahawa kita sedang membengkokkan lengkung pandemik ini, dan tidak ada keraguan bahawa kita tidak boleh berhenti melakukan apa yang kita lakukan sekarang," katanya.

Sebagai rekod, New York merupakan wilayah terjejas terus dalam pandemik tersebut, angka korban akibat koronavirus di AS dilapor mencecah 13 ribu orang dengan lebih 401 orang disahkan positif.

Post a Comment

0 Comments