143 pelajar maahad tahfiz di kuarantin


SERAMAI
143 pelajar sebuah maahad tahfiz di sebuah daerah Perak Tengah dikuarantin susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Kesemua mereka bersama 5 orang guru dari maahad tahfiz tersebut ditempatkan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan sejak Isnin.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Kesihatan Perak dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya yang berkata tindakan kuarantin itu dibuat kerana kesemua mereka merupakan kontak rapat 1 kes jemaah tabligh yang dikesan positif Covid-19 pada Isnin lepas.

Bagaimanapun menurut kenyataan itu, kesemua mereka berada dalam keadaan sihat.

“Semua pelajar dan guru ini sedang menjalani proses isolasi selama 14 hari di stesen kuarantin.

“Mereka berada dalam keadaan sihat dan bukanlah kes Covid-19 yang positif,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyusul selepas tular laporan hantaran di media sosial tular dengan mendakwa 41 pelajar maahad berkenaan dibawa ke pusat kuarantin menaiki bas, selain gambar memaparkan petugas kesihatan melakukan ujian saringan.

Post a Comment

0 Comments