PENYANYI popular Indonesia, Glenn Fredly meninggal dunia akibat meningitis jam 6 petang waktu tempatan semalam.
Berita kematian penyanyi yang terkenal dengan lagu Januari itu dimaklumkan rakan rapat beliau yang juga penyanyi, Tompi seperti dilapor media.
Penyanyi itu menghembuskan nafas terakhirnya pada di usianya yang ke-44 tahun.
Glenn atau nama sebenarnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo sebelumnya dilaporkan terjatuh di apartmennya, sebelum dibawa ke Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta dan disahkan meninggal dunia.
Difahamkan, Glenn yang mengahwini bintang dangdut, Ayu Mutia tahun lalu dan baru menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, Februari lalu.
Mula menceburi dunia muzik secara profesional selepas memenangi satu pertandingan nyanyian pada 1995 dan cukup popular di Malaysia pada era 90-an dan awal 2000 menerusi lagu Januari, Adu Rayu, Sekali Ini Saja dan Akhir Cerita.
0 Comments