KEMENTERIAN Kesihatan bimbang rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara berkemungkinan mencetuskan gelombang kes Covid-19 yang diimport.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 752 rakyat Malaysia telah dibawa pulang dalam tempoh dua hari lalu dan lapan daripada mereka menunjukkan gejala Covid-19 apabila ujian saringan dilakukan dan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
"Sekarang angka (orang-orang yang pulang) meningkat kerana pelajar-pelajar juga akan pulang.
"Sebahagiannya pekerja di luar negara, disebabkan perintah berkurung di lebih 172 negara, juga telah pulang.
"Mereka yang pulang dari negara-negara ini ada kemungkinan membawa balik jangkitan. Jadi kebimbangan kita sekarang kes yang diimport,"katanya dalam satu sidang media semalam.
Sejak 3 April, semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan ditapis dan dikuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan selama 14 hari.
0 Comments