Kenderaan bawa sample Covid-19 diserang pengganas


SEBUAH
kenderaan membawa sampel koronavirus (Covid-19) diserang Tentera Arakan di Rakhine, Myanmar.

Kenderaan milik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu dilapor dalam perjalanan untuk menghantar sampel ke makmal di Yangon sebelum diserang kumpulan bersenjata berhampiran jambatan Yarmaung di bandar Rakhine di Minbya petang semalam, lapor agensi berita Xinhua

Agensi itu turut melaporkan, pemandu kenderaan itu serta seorang petugas kesihatan mengalami kecederaan akibat serangan itu.

Bagaimanapun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Myanmar menerusi status yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook memaklumkan bahawa pemandu kenderaan yang diserang itu meninggal dunia.

Difahamkan, kesemua yang cedera dalam insiden mengejutkan itu telah dikejarkan ke hospital bagi dirawat.
 

Post a Comment

0 Comments