Maut ketika sedang kutip durian


SEORANG
pekebun durian ditemukan mati dipercayai terjatuh selepas motosikalnya tergelincir.

Memetik Bernama, kejadian itu dilapor berlaku ketika warga emas itu sedang mengutip buah berkenaan di kebun durian di Sungai Ara, di Balik Pulau semalam.

Keadaan motosikal milik mangsa
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A. A Anbalagan memberitahu, orang awam menjumpai mayat lelaki berusia 77 tahun itu kira-kira pukul 5.00 petang sebelum menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

"Menurut anak kepada lelaki itu, ayahnya keluar dari rumah mereka di Relau pada 2.00 petang untuk mengutip durian di kebun miliknya dengan menunggang motosikal, mangsa dipercayai telah tergelincir akibat jalan yang licin.

"Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati jalan di situ hanya boleh dilalui sebuah motosikal sahaja dan keadaannya berlumpur serta basah.

"Mangsa mengalami luka di kepala dan telah meninggal dunia manakala motosikalnya rosak pada bahagian depan, belakang, kiri dan kanan," kata A Anbalagan dalam kenyataan.

Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan laporan awal mendapati warga emas itu mati disebabkan serangan jantung.
 

Post a Comment

0 Comments